Wednesday, November 11, 2009

Sikit-sikit Wahhabi

Wahabbi itu satu misteri
Kalau ditanya apa itu Wahabbi
Kalau kritik ustaz dialah Wahabi
Tak qunut tak buat sujud sahwi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tak ikut Mazhab Shafie
Engkau pengikut Wahhabi
Niat solat tanpa ussali
Engkau pengikut Wahhabi
Tak buat kenduri orang mati
Engkau pengikut Wahhabi
Tak baca talqin untuk orang mati
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tak berarak Maulid Nabi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tolak kisah wali dan sufi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tolak keramat dan misteri
Engkau pengikut Wahhabi
Kau benarkan Chong dan Ramasamy
Masuk dalam masjid yang suci
Engkau pengikut Wahhabi

Bila Pak Lah buat Islam Hadari
Pihak berkuasa agama diam diri
Nak tegur salah pun tak berani
Walhal mana ada Islam Hadari
Islam yang benar Islam yang ori
Kenapa nak tambah jadi Hadari
Sebabnya ia idea Perdana Menteri
Kalau tegur hilang jawatan mufti
Kerusi empuk dan bergaji tinggi
Ada driver nak ke sana ke mari
Tak berani macam Maliki dan Hanbali
Imam-Imam dulu memang berani
Sanggup dipenjara dikerat jari

Buanglah ego dan bangga diri
Jangan guna kuasa sesuka hati
Tauliah apa lagi kalau bekas mufti
Habis tu main fitnah orang lagi
Tuduh dulu baru nak cari bukti
Kaedah fiqh mana yang enta pakai ni

Keris Silau
11 November 2009

Tuesday, November 03, 2009

Excuse me , you ada tauliah?

Jika anda hendak beri ceramah
Anda mesti mempunyai tauliah
Anda ada PhD dari Madinah
Anda adalah seorang Pensyarah
Anda bekas Mufti Makkah
Anda dapat A dalam Syariah
Anda hafiz Quran dan Sunnah
Anda digelar Ustaz atau Ustazah
Anda dikurniakan Tokoh Maal Hijrah
Anda hendak bicara pasal aqeedah
Anda hendak bercerita seerah
Anda hendak mengajar lughah
Anda duduk dalam Panel Syariah
Anda Presiden Jamaah Islah
Di Selangor anda kena pohon tauliah
Kalau tak ada JAIS serbu rumah
Tak kira Taman UK atau Ulu Kedah
Apatah lagi anda menentang kenduri arwah
Atau anda sebut bertalqin itu bidaah
Atau tak setuju Yasin malam Jumaat itu sunnah
Atau suka Wahhabi macam kat Makkah
Di alHaram mereka mungkin bermufaraqah
Sebab Sudais, Shuraim semua Wahabiah
Anda sebut Islam itu Mudah
Sebab Islam itu bagi mereka payah
Sebab nak kena samak satu rumah
Kena masuk Islam kena berbinkan Abdullah
Kena pakai baju Melayu baru nampak Islamiyah
Inilah pertembungan tradisi dan sunnah

Keris Silau
3 November 2009

Friday, October 02, 2009

Peringatan Untuk Semua

Mula gempa di Tasik Malaya
Kemudian banjir besar di Manila
Akibat taufan bernama Ketsana
Kemudian tsunami pula melanda
Di kepulauan Pasifik Samoa
Keesokan hari pula terjadinya gempa
7.6 Richter scale di Padang Sumatera
Ramai kehilangan anak dan saudara
Dijangka hilang lebih 1000 nyawa
Ini semua berlaku keliling kita
Ingat Allah Maha Berkuasa
Allah bisa menurunkan apa saja
Oleh itu beringatlah sentiasa
Malapetaka berlaku sekelip mata
Janganlah kita lupa dan alpa
Jangan kita terlalu gembira
Simpatilah kepada mereka
Yang ditimpa musibah Allahtaala

Keris Silau
2 Oktober 2009

Friday, September 11, 2009

Tazkirah di Pagi Jumaat




Di bulan yang penuh rahmat
Marilah kita semua bermunajat
Leburkan dosa-dosa dan maksiat
Memohon ampun dan bertaubat
Ya taubat sebelum terlambat
Sebelum Malaikat Maut melawat
Sebab dia tak pernah datang lewat
Walaupun seminit atau sesaat

Di bulan ini ibadah dipertingkat
Bacaan alQuran diperhebat
Sunat Taraweh sunat muaakad
Bukan cuma pada mula nak start
Sebab semakin hari nampak semakin liat
Mula-mula 10 saf sekarang tinggal empat
Qiyamulail cuma ada beberapa kerat
Sepatutnya 10 malam terakhir kita pecut kuat
Nabi suruh iktikaf dan isteri jangan dekat-dekat
Memperolehi al-Qadar itulah matlamat
Namun kita sedih ramai tak buat
Sibuk buat kueh raya dan halwa maskat
Sibuk nak hias rumah dan kerja mengecat
Sibuk membeli-belah sehingga capek penat

Aku sekadar mengingat dan nasihat
Semoga ianya membawa manafaat
Sebab aku risau raya Melayu cukup hebat
Kita lebih utama raya dari beribadat
Ada yang raya sebulan sehingga Shawal tamat
Sheikh Arab geleng kepala dengan fatwa sesat
Raya satu hari sahaja di Saudi atau Emirat
Kita raya sakan sebulan open house sampai tak larat
Orang yang tak puasa nampak seronok sangat
Terkinja-kinja di kaca TV kita pun naik meluat
Mohon ulama-ulama tolong peringat dan nasihat
Sebab kalau tak dibendung budaya ini akan melarat
EidulFitr hari yang suci tapi dipenuhi maksiat
Semasa khutbah jangan lupa pesan kepada umat

Keris Silau
21 Ramadan 1430H

Wednesday, August 26, 2009

Apabila Ramadan Menjelma

Apabila Ramadan menjelma
Gastrik pun datang sama
Alasan kuat tak boleh puasa
Walaupun sebulan tapi tak kuasa
Yang kaya berpuasa diluar negara
Boleh makan tak ada penguatkuasa
Tradisi setengah pembesar negara
Mereka lupa Allah ada di mana-mana

Apabila Ramadan menjelma
Pasar Ramadan jadi tarikan semua
Boleh lihat kueh dan juadah berbuka
Semua kueh dan lauk sedap belaka
Seri muka karipap dan buah melaka
Ayam percik sambal udang gulai biji nangka
Semua sedap tapi pembaziran yang nyata
Mereka lupa pesan Allah taala

Apabila Ramadan menjelma
Yang sunah pula jadi utama
Yang wajib buat-buat alpa
Solat taraweh rajin ke musola
Solat subuh jemaah malas la
Mereka lupa ganjaran Allah taala

Apabila Ramadan menjelma
Sepatutnya kurang berbelanja
Lebih banyak infaq harta benda
Pasar Ramadan last agenda
Sebab bila kita asyik ke sana
Banyak benda kena jaga
Nafsu selera dan juga mata
Cucur badak dan cucur keria
Jangan lupa pesan Allahtaala

Keris Silau
5 Ramadan/26 Ogos 2009

Thursday, August 20, 2009

Buat Malu Kompeni

Nampaknya UMNO ketandusan
Loyar buruk dijadi calun Barisan
Loyar bawa lari duit pelanggan
Pecah amanah duit anak guaman
Mahkamah Tinggi menolak rayuan
Itu yang ditegas Ragunath Kesavan
Bra Council kena marah si Timbalan
Dia kata Bra Council cuba campurtangan
Bra Council berpihak kepada Salleh Man
Dia kata kesalahan macam kena saman
Apa punya b.....ul si Timbalan
Lepas ni mesti dimarahi si Temban

Alahai UMNO apa nak dikata
Pilih salah orang silap belaka
Macam JJ yang gila meraba
Boleh diangkat naik jadi Duta
Buat malu Satu Malaysia
Tak ada ke yang baik punya
Senang dikontrol Amerika
Bagi dia pompuan dan cigar
Habis dijual segala rahsia

Itu yang aku geram kat Menteri
Siakap senohong gelama ikan duri
Bila cakap bohong lama2 jadi menteri
Bila keluar negeri jumpa pelajar universiti
Macam baru-baru ini
Si Timbalan berdialog di PCC
Student tanya soalan berapi-api
Merah muka siTimbalan macam cili
Special officer ugut student yang tanya tadi
Apa punya haprak nak asik ugut pelajar uni
Kata boleh jawab apa soalan amalan demokrasi
Betul-betul buat malu kompeni

Keris Silau
19 Ogos 2009

p.s. sorry dah lama tak tulis, karat sikit.

Wednesday, June 03, 2009

Zaman Keruntuhan

Stadium di Teganu runtuh
Pasaraya di PJ runtuh
Bangunan di Grik runtuh
Pasaran saham pun runtuh
Lebuhraya pun nak runtuh
Itu sebab banyak durian runtuh
Mungkin ini musim runtuh

Banyak benda akan runtuh
Mungkin BN juga akan runtuh
Gelombang kuat Penyebab Runtuh
BN goyang dan sudah tidak utuh
Komponen BN hampir jatuh
PPP dan Gerakan asyik gaduh
UMNO banyak negeri pun gaduh
Di Teganu Said lawan idris Jusuh
MCA pun tak habis-habis gaduh
MIC tunggu masa nak mampuh
Tiba-tiba rumah kaca BN jadi rapuh
Dalam PR13 BN bakal hancus luluh
Baru lah IGP AG CJ berpeluh-peluh
Dulu kuat tolak pun tak jatuh
Lepas ni hampeh baru tau siapa jaguh
Oleh itu jaga-jaga semua musuh
Elok bertaubat sebelum kena tabuh
Seeloknya selepas sembahyang Subuh
Atau sebelum matahari berlabuh

PR kena susun saf kukuh-kukuh
Kali ini kena letak calun yang utuh
Bukan calun pantang duit lima puluh
Bukan calun bawa lari bini orang ke Ipoh
Bukan calun mulut muncung macam Noh
Bukan calun yang suka berpeluk tubuh
Bukan calun yang suka kow tow dengan musuh
Bukan calun yang kedekut pahit sungguh ...hang tau la sapa no
Bukan calun yang percaya tahyul dan Tok Moh
Dan akhir sekali calun yang terang lagi bersuluh
Sapa lagi kalau bukan si Kapor Baroh

Keris Silau
3 Jun 2009